Tengok dan Belajar : Scam Pinjaman
Kenal Sebelum Kena - Lindungi diri anda daripada terpedaya dengan Scam Pinjaman.
Februari 4, 2025

APA ITU SCAM PINJAMAN?

Scam pinjaman menipu mangsa untuk berkongsi data peribadi atau membuat bayaran pendahuluan dengan menyamar sebagai pemberi pinjaman yang sah. Scammer ini menekan anda dengan tawaran yang menarik, tetapi akhirnya mereka mencuri wang anda.

 

BAGAIMANA IA BERFUNGSI:

  • Scammer kerap menjalankan aktiviti scam menggunakan iklan-iklan di laman web, media sosial, e-mel, dan mesej.
  • Scammer akan menyamar sebagai pemberi pinjaman wang yang sah dan akan memberikan kad nama dengan jawatan seperti penasihat jualan atau kewangan.
  • Mereka akan mengumpan anda dengan tawaran yang indah khabar dari rupa supaya anda tergerak hati untuk membuat keputusan dengan cepat.
  • Apabila anda terpedaya dengan tawaran tersebut, scammer akan meminta dokumen peribadi anda dengan alasan untuk ‘memproses’ pembiayaan tersebut dan memperdaya anda untuk mendedahkan butiran perbankan anda.
  • Mereka juga akan meminta supaya pembayaran pendahuluan (e.g. deposit pendahuluan, yuran, dll.) dibuat kepada akaun individu

 

 CARA MELINDUNGI DIRI?

  • Jika anda memerlukan bantuan kewangan, anda boleh rujuk kepada badan-badan rasmi seperti bank dan institusi kewangan.
  • Sekiranya terdapat permintaan untuk memindahkan wang ke akaun individu/syarikat yang tidak dikenali dengan alasan untuk mendapatkan pinjaman, laporkan perkara ini dengan segera.
  • Jangan dedahkan maklumat sensitif dan sulit kepada mana-mana individu atau syarikat yang mendakwa sebagai lantikan pihak ketiga atau ejen kepada institusi kewangan.

Brought to You by

Maybank Ambank Bank Islam CIMB Public Bank RHB (1) Affin Bank Alliance Bank HLB HSBC Bank OCBC Standard Chartered UOB Maybank Islamic Ambank Islamic CIMB Islamic Public Islamic Bank Affin Islamic Alliance Islamic Bank Muamalat HLB Islamic HSBC Amanah OCBC Al Amin MBSB Bank Agro Bank Bank Rakyat BSN MIDF Investment GX Bank Boost Bank AEON Bank Al Rajhi Bank Bangkok Bank Bank Of America Bank Of China BNP Paribas CCB Citi Deutsche Bank India International Bank ICBC JP Morgan Kuwait Finance House Mizuho MUFG Standard Chartered Saadiq Sumimoto
Get Help Now Did You Get Scammed?