Defend! Lawan Scam

Defend Scam BM

Kenali tanda-tanda, dan dapatkan maklumat terkini dan juga butiran penting yang anda perlukan untuk melindungi diri daripada scam.

Hairul Azreen Desktop BM

Awasi Scam-Scam Terkini

Kenal pasti taktik scam terkini di Malaysia.

Thumbnail

Scam Panggilan Telefon

Menjawab panggilan daripada scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa yang mengugut anda untuk melakukan pembayaran.

Thumbnail

Scam Perisian Hasad

Memuat turun perisian atau aplikasi berbahaya daripada sumber
tidak rasmi.

Tawaran Pekerjaan Thumbnail

Scam Pekerjaan

Menerima tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan tetapi sebenarnya indah khabar dari rupa.

Thumbnail

Scam Pancingan Data

Meminta anda klik pada pautan yang mencurigakan daripada nombor atau alamat e-mel palsu yang tidak dikenali tetapi sebenarnya ingin mencuri maklumat peribadi anda.

Lihat semua

Kenali Scam, Lindungi Diri.

Ketahui tanda-tanda untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam.

Adakah Anda Sasaran Mudah Scam?

Mula sekarang

Video Perlindungan Dari Scam

Cara-cara untuk Mempertahankan Diri

Ketahui sekarang

Adakah Anda Mangsa Scam?

Semak sekarang

5 Langkah Penting untuk Keselamatan Anda

Inilah caranya bank-bank di Malaysia bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi scam kewangan.

Icon Magnifying Glass

Memperkukuhkan peraturan pengesanan penipuan.

Untuk mencegah transaksi yang mungkin adalah scam dan menghubungi pelanggan untuk pengesahan dengan segera.

Icon Support

Menyediakan talian khidmat pelanggan
24 jam.

Untuk memastikan pelanggan dapat menghubungi bank dengan mudah bagi melaporkan scam.

Icon Card

Membenarkan pendaftaran hanya pada satu peranti mudah alih atau peranti yang selamat.

Untuk memastikan transaksi yang sah adalah daripada pemegang akaun sebenar dan menghalang scammer daripada menggunakan peranti yang berbeza.

Icon Shield Check

Menambahkan pengesahan dan tempoh bertenang bagi pendaftaran perkhidmatan perbankan dalam talian untuk kali pertama.

Bagi menghalang transaksi perbankan dalam talian semasa tempoh bertenang agar pelanggan mempunyai masa untuk mengambil tindakan jika butiran mereka dicuri.

Icon Shield Lock

Berpindah daripada SMS/OTP kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat.

Bagi menghalang scammer daripada mendapatkan dan memadam SMS/OTP mangsa dengan perisian pancingan data.

Dapatkan Bantuan Segera Adakah Anda Mangsa Scam?