Scam Panggilan Telefon

Menjawab panggilan daripada scammer yang menyamar sebagai pihak berkuasa yang mengugut anda untuk melakukan pembayaran.

Bagaimana Scam Panggilan Telefon Berlaku?

Beginilah caranya.

Contoh panggilan scammer yang menyamar sebagai kakitangan syarikat penghantaran:

1 Anda akan menerima panggilan daripada orang yang mendakwa dirinya wakil pihak berkuasa, menggunakan nombor peribadi, atau dari negara yang tidak diketahui.

2 Mereka mungkin memberitahu bahawa anda mempunyai bungkusan yang tidak dituntut, sedang dalam siasatan, atau mempunyai bayaran tertunggak.

3 Mereka akan membuat ugutan palsu untuk menakutkan anda dengan perintah mahkamah atau mengatakan pihak berkuasa telah membekukan akaun anda.

4 Kemudian, mereka akan menghubungkan anda dengan agensi penguatkuasaan palsu yang akan mendesak anda untuk berkongsi kod keselamatan bank atau menghantar wang ke akaun pihak ketiga.

5 Mereka mungkin juga akan menipu anda supaya meluluskan transaksi perbankan mudah alih yang anda tidak lakukan.

Cara Pertahankan Diri

Berikut adalah langkah-langkah untuk kekal selamat.
Icon Document Circle
Icon Money Transfer (1)
Icon Call Circle
Icon Call Circle
Icon Shield Check White
Dapatkan Bantuan Segera Adakah Anda Mangsa Scam?