Scam Percintaan

Terpedaya dengan hubungan romantik palsu dan dimanipulasi untuk memberikan wang atau bantuan kewangan.

Bagaimana Scam Percintaan Berlaku?

Beginilah caranya.

Contoh tajuk keratan akhbar yang berkisar tentang scam percintaan:

1 Mereka akan hubungi mangsa melalui aplikasi janji temu atau platform media sosial dan cuba menjalinkan hubungan romantik.

2 Mereka selalunya akan menggunakan nama fiksyen, atau menggunakan identiti individu sebenar yang mempunyai latar belakang pekerjaan yang bereputasi di luar negara untuk mengumpan mangsa.

3 Mereka akan melafazkan cinta mereka tanpa berjumpa dengan mangsa. Mereka juga sering menggunakan ayat-ayat manis dan memberikan hadiah untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.

4 Selepas mendapat kepercayaan mangsa, mereka akan memanipulasi mangsa untuk memberikan wang, hadiah, atau maklumat peribadi.

5 Scammer akan memberikan alasan seperti memerlukan bantuan untuk perniagaan mereka, menampung perbelanjaan perubatan, atau membayar tiket penerbangan mereka untuk melawat mangsa.

Cara Pertahankan Diri

Berikut adalah langkah-langkah untuk kekal selamat.
Icon Support
Icon Shield Check White
Icon Eye
Dapatkan Bantuan Segera Adakah Anda Mangsa Scam?