Tengok dan Belajar : Scam Pancingan Data
Kenal Sebelum Kena - Lindungi diri anda daripada terpedaya dengan Scam Pancingan Data.
Jun 11, 2025

APA ITU SCAM PINJAMAN?

Scam Pancingan Data meminta anda klik pada pautan yang mencurigakan daripada nombor atau alamat e-mel palsu yang tidak dikenali tetapi sebenarnya ingin mencuri maklumat peribadi anda.

 

BAGAIMANA IA BERFUNGSI:

  • Anda akan menerima SMS/mesej/e-mel yang menyerupai organisasi-organisasi yang sah - seperti bank, pihak polis, pembekal utiliti ataupun syarikat.

  • Mengandungi hiperpautan (hyperlink) yang boleh diklik dan akan membawa anda ke suatu halaman untuk memasukkan butiran perbankan anda ataupun maklumat peribadi anda.

  • Sebaik sahaja anda memasukkan maklumat anda, scammer akan berpeluang untuk mencuri duit anda.

     CARA MELINDUNGI DIRI?

    • Berhati-hati dengan hiperpautan (hyperlink) boleh klik daripada SMS/mesej/e-mel yang tidak dijangkakan.

    • Berikan sepenuh perhatian kepada pautan laman web sebelum meneruskan aktiviti perbankan anda.

    • Sentiasa log masuk ke akaun perbankan anda menggunakan laman web rasmi bank anda dan pastikan gambar dan frasa keselamatan anda betul sebelum memasukkan kata laluan anda. 

Brought to You by

Maybank Ambank Bank Islam CIMB Public Bank RHB (1) Affin Bank Alliance Bank HLB HSBC Bank OCBC Standard Chartered UOB Maybank Islamic Ambank Islamic CIMB Islamic Public Islamic Bank Affin Islamic Alliance Islamic Bank Muamalat HLB Islamic HSBC Amanah OCBC Al Amin MBSB Bank Agro Bank Bank Rakyat BSN MIDF Investment GX Bank Boost Bank AEON Bank Al Rajhi Bank Bangkok Bank Bank Of America Bank Of China BNP Paribas CCB Citi Deutsche Bank India International Bank ICBC JP Morgan Kuwait Finance House Mizuho MUFG Standard Chartered Saadiq Sumimoto
Get Help Now Did You Get Scammed?