Tengok dan Belajar : Scam Akaun Keldai (Mule)
Kenal Sebelum Kena - Lindungi diri anda daripada bahaya Meminjamkan akaun bank anda kepada sesiapa pun.
Jun 6, 2025

APA ITU SCAM AKAUN KELDAI (MULE)?

Scam akaun keldai memperdaya anda untuk meminjamkan akaun bank kepada orang lain, kononnya untuk menerima bayaran mudah. Namun, akaun anda sebenarnya boleh digunakan untuk aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan anda yang akan dipersalahkan.

 

BAGAIMANA IA BERFUNGSI:

  • Scammer akan meminta untuk “menyewa” akaun bank anda, dan sebagai balasan, mereka berjanji untuk membayar anda wang tunai yang lumayan.
  • Ia boleh datang daripada sesiapa sahaja, termasuk ahli keluarga, saudara mara, dan rakan-rakan.
  • Kemudian, mereka akan menggunakan akaun anda untuk tujuan aktiviti haram seperti pengubahan wang haram atau mengeluarkan wang anda.

 CARA MELINDUNGI DIRI?

  • Jangan kongsikan akaun bank anda, Kad ATM atau akses perbankan internet anda kepada sesiapa pun.
  • Sentiasa pantau transaksi dalam akaun anda.

  • Semak nombor akaun penerima di laman web Semak Mule di https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Brought to You by

Maybank Ambank Bank Islam CIMB Public Bank RHB (1) Affin Bank Alliance Bank HLB HSBC Bank OCBC Standard Chartered UOB Maybank Islamic Ambank Islamic CIMB Islamic Public Islamic Bank Affin Islamic Alliance Islamic Bank Muamalat HLB Islamic HSBC Amanah OCBC Al Amin MBSB Bank Agro Bank Bank Rakyat BSN MIDF Investment GX Bank Boost Bank AEON Bank Al Rajhi Bank Bangkok Bank Bank Of America Bank Of China BNP Paribas CCB Citi Deutsche Bank India International Bank ICBC JP Morgan Kuwait Finance House Mizuho MUFG Standard Chartered Saadiq Sumimoto
Get Help Now Did You Get Scammed?